Wednesday, 15 March 2017

PERDANA MENTERI PERTAMA MALAYSIA

Image result for perdana menteri malaysia pertama

BAPA KEMERDEKAAN

BIODATA
Nama : Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Tarikh Lahir : 08 Februari 1903,
Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda)
Tarikh meninggal: 06 Disember 1990


KEHIDUPAN PERIBADI
Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.


PENDIDIKAN:
1911 – Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar
1916 – Penang Free School, Penang
1925 – lulus B.A. dari University Cambridge
1945 – lulus LLB, dari Inner Temple, London


KERJAYA :
1946 – bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulimdan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KLdan Presiden Mahkamah Session Selangor
1951 – dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 – Rombongan Merdeka ke London
1957 – Merdeka. Perdana Menteri Pertama
1962 – rombongan ke London – Gagasan Malaysia
1963 – Gagasan Malaysia – 16.09.1963
1970 – bersara daripada politik


LALUAN KEMERDEKAAN:
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.


Image result for ROMBONGAN KE LONDON

Image result for ROMBONGAN KE LONDON

Image result for ROMBONGAN KE LONDON