BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN
BIODATA :
Nama: Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tarikh Lahir: 26 November 1939
Tempat Lahir : Bayan Lepas, Pulau Pinang
Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Dikenali sebagai Pak Lah. merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6.Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
PENDIDIKAN :
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam
Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang
Universiti Malaya-Sarjana Muda Sastera dalam Bidang Pengajian Islam
Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang
Universiti Malaya-Sarjana Muda Sastera dalam Bidang Pengajian Islam
KERJAYA:
1964 - Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam
1969 - Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1974 – Timbalan Ketua Setiausaha dalam Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1978 – Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan
1980 – Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan
1981 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1984 – Menteri Pelajaran
1986 – Menteri Pertahanan
1991 – Menteri Luar Negeri
1999 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia
2003 hingga 2009 - Perdana Menteri Malaysia Kelima
SELEPAS BERSARA :
Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.